Skip to main content

PENILAIAN KOMPETENSI STAF

Bahagian Penilaian Kompetensi Staf bertanggungjawab melaksanakan proses penilaian kompetensi secara menyeluruh melalui pengurusan Kamus Kompetensi UTHM, instrumen penilaian kompetensi staf, UTHM Leadership Competency Assessment (ULCA), penyediaan laporan jurang kompetensi, analisis data penilaian serta pemantauan kompetensi staf. Fungsi ini bertujuan mengenal pasti tahap kompetensi warga universiti bagi menyokong pembangunan modal insan secara berterusan.

PEMPROFILAN STAF

Bahagian ini mengurus aktiviti pemprofilan staf melalui pembangunan Pelan Pembangunan Individu (IDP), penyediaan profil kompetensi staf serta profil kompetensi kepimpinan. Maklumat yang diperoleh digunakan sebagai asas dalam merancang pembangunan kerjaya, latihan dan penggantian bakat bagi memenuhi keperluan strategik organisasi.

INTEGRASI SISTEM

Dalam aspek integrasi sistem, bahagian ini bertanggungjawab mengurus Sistem MYLESTARI sebagai platform bersepadu untuk penyimpanan, pengurusan dan pemantauan data kompetensi serta pemprofilan staf. Sistem ini membantu meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat dan menyokong proses membuat keputusan berkaitan pembangunan modal insan.