Skip to main content

KEMAJUAN KERJAYA

Bahagian Kemajuan Kerjaya bertanggungjawab mengurus dan menyelaras hal ehwal berkaitan pembangunan kerjaya staf melalui pengurusan cuti belajar, cuti sangkutan industri, cuti sabatikal, skim pembangunan potensi, pengurusan program GO/PO/EXPO, ganti rugi cuti belajar serta urus setia cuti belajar staf. Fungsi ini bertujuan menyokong pembangunan profesional staf agar selari dengan keperluan organisasi dan peningkatan kompetensi.

PENGURUSAN LATIHAN KOMERSIL

Bahagian ini mengurus pelaksanaan latihan komersial melalui penyediaan tabung modal insan, pelaksanaan latihan komersial TVET, pemasaran perkhidmatan latihan, kursus kompetensi agensi luar, pengurusan Pusat Minda Emas (PuMAS), operasi ARPRM serta latihan pengendalian makanan. Peranan ini bertujuan memperluaskan penawaran latihan berkualiti, menjana pendapatan dan mengukuhkan jaringan kerjasama dengan agensi luar.

INTEGRASI SISTEM

Dalam aspek integrasi sistem, bahagian ini bertanggungjawab mengurus Sistem EKAPS bagi menyokong proses pengurusan latihan dan operasi secara lebih sistematik, cekap dan berkesan.