Skip to main content

PENGENALAN

Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM terletak di Tanjong Laboh, Senggarang, kira-kira 13 km dari bandar Batu Pahat dan 25 km dari kampus utama UTHM. Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh, pada 25 Ogos 2016.

PuMAS dibina di atas kawasan seluas 15 ekar dan mempunyai pelbagai kemudahan latihan serta kursus. Antara kemudahan yang terdapat di PuMAS ialah dewan seminar, bilik latihan, dewan makan, surau, asrama lelaki dan perempuan, serta penginapan VIP. PuMAS juga mempunyai tapak perkhemahan dan kemudahan aktiviti luar seperti laluan halangan.

Dewan Seminar Rafflesia

  • 80 peserta dalam susun atur bilik darjah
  • 50 peserta dalam susun atur teater

Bilik Latihan Alamanda 1 & 2

  • 30 peserta dalam susun atur bilik darjah
  • 50 peserta dalam susun atur teater

Surau

80 orang

Bilik VIP & Jurulatih

  • Bougenvila A: 8 orang (1 katil queen, 2 katil dua tingkat, 3 katil bujang)
  • Bougenvila B: 8 orang (1 katil queen, 2 katil dua tingkat, 3 katil bujang)

Asrama Lelaki & Perempuan

120 orang (56 lelaki + 56 perempuan)

Tapak Perkhemahan

Kemudahan di PuMAS

Selain digunakan untuk latihan kakitangan dan pelajar UTHM, kemudahan di PuMAS juga disediakan untuk disewa oleh pihak luar yang ingin menganjurkan program latihan, seminar, dan pelbagai acara lain.

Pembinaan Pasukan

Program Pembinaan Pasukan bertujuan membentuk individu, kerjaya, dan organisasi ke arah kecemerlangan melalui keseimbangan aspek kendiri, mental, rohani, dan kecergasan fizikal. Program ini juga memupuk pembentukan komuniti dan masyarakat yang konstruktif serta berteraskan nilai-nilai Islam melalui interaksi berkumpulan, aktiviti luar, dan khidmat masyarakat.