Skip to main content

PEMBANGUNAN BAKAT KEPIMPINAN

Bahagian Pembangunan Bakat Kepimpinan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan kepimpinan bagi meningkatkan kompetensi warga universiti. Antara fungsi utama termasuk pelaksanaan Program Kerangka Pembangunan Bakat Kepimpinan UTHM, Program ORGAM, Program MODUL, Program GTU Champion, penilaian keberkesanan program kepimpinan, pengurusan urus setia UTHM–AKEPT serta penyelarasan inovasi pentadbiran. Kesemua inisiatif ini bertujuan melahirkan pemimpin yang berwibawa, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran organisasi.

PELAN PENGGANTIAN

Bahagian ini turut mengurus pelaksanaan Pelan Penggantian melalui pembangunan Kad Laporan Bakat Kepimpinan Utama, Kolam Bakat Kepimpinan UTHM serta penyediaan Pelan Penggantian Bakat Kepimpinan. Inisiatif ini bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan organisasi dengan mengenal pasti, membangunkan dan menyediakan bakat berpotensi untuk mengisi jawatan strategik pada masa hadapan.

INTEGRASI SISTEM

Dalam aspek integrasi sistem, bahagian ini mengurus pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Pelan Penggantian serta Dashboard Talent Pool. Sistem-sistem ini berfungsi sebagai platform bersepadu untuk menyimpan, memantau dan menganalisis data bakat secara sistematik bagi menyokong proses perancangan penggantian dan pembangunan kepimpinan yang lebih efektif.


PENTADBIRAN AM

Bahagian Pentadbiran Am bertanggungjawab memastikan kelancaran pengurusan operasi harian Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) melalui penyelarasan pejabat, pengurusan ruang latihan, penyediaan kenderaan rasmi, serta pelaksanaan aktiviti promosi dan lawatan. Selain itu, bahagian ini turut memastikan pematuhan terhadap dasar dan polisi PKK bagi menyokong tadbir urus yang sistematik, cekap dan berkesan.

PENTADBIRAN SISTEM

Bahagian Pentadbiran Sistem berperanan dalam membangun, mengurus dan menyelenggara sistem PKK bagi menyokong proses kerja secara digital. Fungsi ini bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan maklumat, memperkemaskan penyampaian perkhidmatan serta memastikan sistem sentiasa relevan dengan keperluan operasi organisasi.