Skip to main content

PENGURUSAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Bahagian Pembangunan Kompetensi dan Latihan berperanan merancang, menyelaras dan melaksanakan program latihan bagi meningkatkan kompetensi staf universiti. Fungsi utama merangkumi analisis keperluan latihan (TNA), rekabentuk latihan, pembangunan modul latihan, takwim latihan staf, pelaksanaan latihan kompetensi dan akademik, penilaian keberkesanan latihan serta pengurusan kewangan latihan. Pendekatan ini memastikan setiap program latihan memenuhi keperluan pembangunan individu dan organisasi.

KURSUS WAJIB PERKHIDMATAN

Bahagian ini turut mengendalikan Kursus Wajib Perkhidmatan yang merangkumi Program Transformasi Minda (PTM) serta Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran. Pelaksanaan kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman, profesionalisme dan kompetensi warga universiti selaras dengan dasar serta keperluan perkhidmatan.

INTEGRASI SISTEM

Bagi menyokong pengurusan latihan secara digital, bahagian ini mengurus Sistem E-Kursus dan Pusat Data Latihan. Sistem ini membolehkan pengurusan maklumat latihan dilaksanakan secara bersepadu, meningkatkan kecekapan penyimpanan data serta memudahkan pemantauan dan pelaporan latihan.