Skip to main content
4-8 Mac 2024 I Program Transformasi Minda Siri 1/2024
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM telah melaksanakan Program Transformasi Minda Siri 1/2024 di Pusat Minda Emas (PuMAS) Tanjung Labuh.
Program yang berlangsung selama lima (5) hari ini, memberi pendedahan bagi membentuk kesesuaian minda pegawai bermula daripada peringkat awal pelantikan. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan dan merangkumi aspek peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dalam perkhidmatan dan membentuk nilai-nilai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
Program ini disertai oleh seramai 31 orang staf dari pelbagai Pusat Tanggungjawab di UTHM dan dikendalikan oleh seramai 13 orang penceramah undangan yang menyampaikan pelbagai tajuk ceramah berdasarkan kepakaran masing-masing.