Skip to main content
3-5 Mac 2024 | Program Sanggar Lestari Siri 1/2024
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM telah melangsungkan Program Sanggar Lestari Siri 1/2024 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Program yang telah disertai oleh seramai 56 orang staf dari Pusat Pengajian Diploma UTHM.
Aktiviti program ini telah dikendalikan oleh konsultan jemputan iaitu Tuan Zakaria Yasin (Pak Ya) dan Tuan Mazlan.
Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah memberi penekanan terhadap paradigma tauhid dalam usaha mencapai misi, visi dan objektif UTHM yang disusun secara menyeluruh kepada semua peringkat sama ada staf pengurusan, akademik dan bukan akademik tanpa mengira perbezaan bagi mewujudkan satu pasukan yang mantap dalam persekitaran kerja yang kondusif dan menggembirakan semua kakitangan di UTHM.