Skip to main content
28 Oktober 2024 | KURSUS SOLATKU, IBADAHKU
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM dengan kerjasama Pusat Islam UTHM telah menganjurkan Kursus Solatku, Ibadahku di Dewan Al-Farabi Pusat Islam UTHM pada 28 Oktober 2024.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan penghayatan dalam solat dimana peserta akan memahami fardhu dan sunat dalam solat. Meningkatkan kemahiran dalam bacaan, teknik dan tatacara solat.
Seramai 41 orang staf UTHM dari pelbagai pusat tanggung jawab telah menyertai kursus ini yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shahrir bin Abdul Mutalib dari Unit Dakwah dan Pendidikan Pusat Islam UTHM . Kursus telah berlangsung selama 6 jam bermula daripada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang