





12 Jun 2024 - RABU | BENGKEL PENGIKTIRAFAN LEMBAGA TEKNOLOGI MALAYSIA (MBOT
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Bengkel Pengiktirafan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) pada 12 Jun 2024 secara bersemuka di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Melalui bengkel ini peserta diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci mengenai peranan dan fungsi MBOT kepada profesional teknologi dan teknologis bagi mereka yang ingin mendapatkan pengiktirafan rasmi.
Bengkel telah dihadiri oleh 48 orang penolong jurutera dari pelbagai fakulti yang terdapat di UTHM..
Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Nur Aswad bin Roslan dari Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).