Skip to main content
28 Mei 2024 - SELASA | KURSUS PEMBANGUNAN SOALAN - OPEN ENDED MULTIPLE CHOICE
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Pembangunan Soalan - Open Ended Multiple Choice pada 28 Mei 2024 secara bersemuka di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Melalui kursus ini peserta diterangkan dengan lebih jelas berkaitan bagaimana untuk menyediakan soalan peperiksaan berbentuk aneka pilihan jawapan serta ciri-ciri soalan yang memenuhi kateria yang ditetapkan serta soalan mampu untuk menilai tahap seseorang pelajar.
Kursus telah dihadiri oleh 39 orang staf akademik dari semua fakulti yang terdapat di UTHM.
Kursus ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Azmanirah binti Ab Rahman dari Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional.