Skip to main content
13 Februari 2024 | Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan, (LPM) pada 13 Februari 2024 secara atas talian menggunakan aplikasi ZOOM.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan serta seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan. Para peserta kursus ini terdiri daripada 20 orang staf daripada Achi Jaya Plantations Sdn Bhd, Claire Estate.
Kursus ini telah disampaikan oleh PM Ts. Dr. Faridah binti Kormin dilaksanakan secara atas talian ini melibatkan sesi ceramah dan penilaian.