Skip to main content

ALU-ALUAN PENGARAH 

DR. NOR HAZANA

Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi

PROF. Dr. NOR HAZANA BINTI ABDULLAH

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (Center of Leadership and Competency) (PKK) UTHM diwujudkan selari dengan aspirasi UTHM ke arah transformasi bakat berasaskan kompetensi (Competency-based Talent Management). Ia juga bertujuan memperkasa dan memperkukuh agenda bakat kepimpinan dan pelan pengantian di UTHM selari dengan GTU 2030. Adalah menjadi objektif utama PKK untuk menawarkan program latihan dan pembangunan yang bersifat "upskilling" dan "reskilling" agar tenaga kerja UTHM mampu menghadapi arus perubahan dengan lebih berdaya saing. Kami juga beriltizam agar bakat kepimpinan UTHM dapat dikembangkan bukan sahaja di peringkat universiti tetapi hingga mampu ke peringkat yang lebih tinggi. Pembangunan bakat merupakan satu agenda yang bersifat inklusif di mana semua warga UTHM dari peringkat pelaksana hingga ke peringkat pengurusan atasan akan sama-sama disantuni. Harapan PKK agar latihan dan program-program pembangunan di lihat sebagai satu wadah yang mampu meningkatkan potensi diri dan organisasi.

Kemaskini: 29 Mei 2024