





7 - 9 Mac 2023 | KURSUS MALAYSIA TVET PROFESSIONAL EDUCATOR (MTPE)
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pendidikan dan Latihan Vokasional Malaysia (MyRivet) telah menganjurkan Kursus Malaysia TVET Professional Educator (MTPE) pada 7 - 9 Mac 2023 bertempat di Kings Green Hotel City Centre, Melaka.
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi keperluan program reskilling dan upskilling dalam kalangan pengajar TVET bagi memastikan satu standard khusus pengajaran TVET dipatuhi, mengintegrasikan teori dan praktikal dalam amalan bagi meningkatkan kompetensi pengajaran dan pengurusan program akademik serta meningkatkan kefahaman konsep TVET yang boleh diaplikasikan dalam kurikulum dan pengajaran. Para peserta kursus terdiri daripada 26 orang staf akademik.
Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Razali bin Hassan, Prof. Madya Ts. Dr. Affero bin Ismail, Prof. Madya Ts. Dr. Alias bin Masek, Ts. Dr. Mohd Hasril bin Amiruddin dan Ts. Dr. Nizamuddin bin Razali sebagai fasilitator. Kursus ini dilaksanakan secara bersemuka melibatkan sesi ceramah, latihan dalam kumpulan dan sesi pembentangan.