Skip to main content
26-27 April 2024 | Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (Kursus Induksi PP-PPD-PPB)

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (Kursus Induksi PP-PPD-PPB) pada 26-27 April 2024 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Pejabat Pendaftar.
Kursus induksi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang sistem dan cara perlaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia (Sijil Kemahiran Malaysia & Diploma Kemahiran Malaysia) di sesebuah Pusat Latihan Kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Seramai 28 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada 3 orang daripada UMPSA Advance, 1 orang daripada ILP Selandar, 1 orang daripada SMK Buluh Kasap, 1 orang daripada Koperasi UTHM Berhad, 2 orang daripada syarikat swasta, 11 orang staf UTHM dan 8 orang pelajar UTHM.
Kursus telah disampaikan oleh Puan Aidayu Delaila binti Dahlan dan Tuan Mohd Rafi bin Sarkasi yang dilaksanakan secara bersemuka melibatkan sesi ceramah dan penilaian.