Skip to main content
24 - 27 Februari 2024 | PENYERTAAN PROGRAM HIGH PERFORMANCE LEADERSHIP (HiPer), KOHOT 2 BAGI TAHUN 2024 | PULSE GRANDE Hotel Putrajaya
Kumpulan Bakat Kepimpinan UTHM telah menyertai program latihan pensijilan kepimpinan anjuran UTHM Education & Training ( UET ) dan AJM International Academy , Program High Performance Leadership (HiPer) Cohort 2 Tahun 2024 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program ini adalah berasaskan program pensijilan profesional, “Assured Professional Certificate in Advanced Leadership” oleh Institute of Leadership and Management, United Kingdom.
UTHM telah menghantar 20 peserta di kalangan kumpulan pengurusan tertinggi dan ketua pusat tanggungjawab UTHM. Program ini juga disertai oleh pelbagai agensi dan industri diantaranya Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) , Kementerian Kesihatan Malaysia , Asia Aeronautical Training Academy Sdn Bhd. (ATTA) , ATAS Aeronautic Sdn. Bhd.
Tujuan keseluruhan program ini adalah untuk menyediakan gabungan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran kepemimpinan dan pengurusan setiap peserta yang merangkumi 3 kompenan iaitu Kepimpinan Diri Berimpak, Kepimpinan Pasukan Berimpak Tinggi dan Kepimpinan Institusi.
Penyertaan dalam program ini disasarkan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan dan menyediakan barisan pemimpin UTHM yang berkualiti dan berprestasi tinggi. Pendekatan serta kaedah kepemimpinan yang berimpak dan kolaboratif ini diharapkan akan membantu untuk memimpin UTHM terus cemerlang.