Skip to main content
 
6 November 2023 | Kursus Kemahiran Mengurus dan Mencatat Minit Mesyuarat.
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Kursus Kemahiran Mengurus dan Mencatat Minit Mesyuarat pada 6 November 2023 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Pejabat Pendaftar UTHM.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam mengurus dan mencatat minit mesyuarat dengan mempraktikkan format yang berkualiti termasuk persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat bagi memastikan peningkatkan profesionalisme staf, kecekapan pengurusan dan pencapaian matlamat organisasi.
Kursus yang disertai seramai 38 orang peserta daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab di UTHM ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah undangan iaitu Puan Shereen Sabrina binti Abdul Shukor, Pengarah Bahagian Pengurusan Organisasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.