Skip to main content

Selari dengan Pelan Strategik UTHM 2021 – 2025 yang menggariskan Transformasi Bakat sebagai salah satu agenda utama, serta hasrat Universiti untuk mencapai tahap Global Technopreneur University pada tahun 2030 (GTU2030), Universiti melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 5/2021 yang bersidang pada 7 November 2021 telah meluluskan penubuhan Pusat Kepimpinan dan Kompetensi sebagai sebuah pusat tanggungjawab di bawah Pendaftar.

Pusat ini adalah gabungan dua unit dari Pejabat Pendaftar dan satu unit dari Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik iaitu:

  • Unit Pembangunan Bakat dan Kepimpinan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
  • Unit Pembangunan Modal Insan , Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar
  • Jabatan Pengurusan Latihan Akademik, Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik
    Penubuhan Pusat Kepimpinan dan Kompetensi ini berkuatkuasa 1 Januari 2022 dan beroperasi di Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar UTHM