Skip to main content

PENGENALAN

Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM terletak di Tanjong Laboh, Senggarang iaitu kira-kira 13 km dari bandar Batu Pahat dan 25km dari kampus induk UTHM. Ia dibuka secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 25 Ogos 2016.

PuMAS dibina di atas tanah seluas 15 ekar dan memiliki pelbagai fasiliti bagi tujuan latihan dan kursus.

Antara kemudahan yang terdapat di PuMAS adalah dewan seminar, bilik latihan, dewan makan, surau, asrama penginapan lelaki dan perempuan serta penginapan VIP. PuMAS juga memiliki kemudahan tapak dan fasiliti perkhemahan serta aktiviti luar seperti trek berhalangan.

  • Dewan Seminar Rafflesia

    • 80 peserta dalam susunan bilik darjah
    • 50 peserta dalam susunan teater
  • Bilik Latihan Alamanda 1&2

    • 30 peserta dalam susunan bilik darjah
    • 50 peserta dalam susunan teater
  • Surau

    80 orang

  • Bilik VIP & Jurulatih

    • Bougenvilla A: 8pax (1 queen, 2 double decker, 3 single)
    • Bougenvilla B: 8pax (1 queen, 2 double decker, 3 single)
  • Asrama Lelaki & Perempuan

    120pax (56 orang (L) + 56 orang (P))

  • Tapak Perkhemahan

  • Trek Berhalangan

Fasiliti di PuMAS

Selain digunakan untuk latihan staf dan pelajar UTHM, fasiliti PuMAS juga dibuka untuk sewaan kepada pihak luar yang ingin mengadakan program latihan, seminar dan sebagainya.

Team Building

Objektif Program Teambuilding adalah untuk membentuk individu, kerjaya, dan organisasi ke arah kecemerlangan dengan menyeimbangkan aspek jati diri, mental, kerohanian, dan kecergasan fizikal. Matlamatnya juga termasuk mendorong pembentukan komuniti dan umat yang membangun dengan nilai-nilai Islam, melalui interaksi berkumpulan, aktiviti lasak, dan khidmat bakti.