Skip to main content
29-30 Januari 2024 | Powerpoint and Canva Beginners Course Siri 2.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Powerpoint and Canva Beginners Course Siri 2 pada 29-30 Januari 2024 bertempat di Makmal Komputer, Aras Bawah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.
Kursus siri 2 ini diadakan setelah penganjur mengambil kira sebagai kursus panas yang berpermintaan tinggi dan sangat diperlukan oleh staf UTHM.
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme staf dalam mempraktikkan pembentangan multimedia yang lebih menarik dan berkualiti bersesuaian dengan kehendak masa kini.
Kursus yang disertai seramai 57 orang peserta daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab di UTHM dan 3 staf daripada UTHM Holding ini telah dikendalikan oleh penceramah undangan iaitu Encik Lokman Hakim bin Jamil, Ketua Jabatan Media Digital, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM. Dua orang fasilitator dari Pusat Teknologi Maklumat UTHM iaitu Encik Hazmi bin Kasmin dan Encik Sharizal bin Idris telah dilantik untuk membantu peserta di sepanjang kursus berlangsung.