Skip to main content
Kursus Satu Pasukan Satu Matlamat
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, UTHM telah menganjurkan Kursus Satu Pasukan Satu Matlamat bertempat di bilik Latihan Seri Teratai Aras 1 Bangunan Pejabat Pendaftar.
Seramai 44 orang peserta dari kalangan staf pelaksana telah menghadiri kursus ini. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan yang lebih tersusun dan dapat membantu menyatukan matlamat dan hala tuju dalam kalangan staf UTHM
Diharapkan kursus ini menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang lebih mantap, semangat kebersamaan yang tinggi serta komitmen semua warga kerja untuk bergerak seiring mencapai visi organisasi.