Skip to main content
13 Februari 2024 I KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA SESI 2024
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) dengan kerjasama Pusat Islam UTHM telah berjaya menganjurkan kursus Pengurusan Jenazah Wanita pada 13-14 Februari 2024 bertempat di Dewan Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim.
Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari serta diketahui oleh semua umat Islam apabila berlakunya kematian. Sehubungan dengan itu, seramai 80 orang staf wanita telah mengambil inisiatif untuk mengikuti kursus ini bagi mempelajari teknik serta kaedah sebenar dalam pengurusan jenazah. Peserta diajar bagaimana menguruskan jenazah mengikut keadaan jenazah secara teori dan juga praktikal.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput Ustazah Zurina binti Muhammad @ Shamsudin dari Pusat Islam UTHM penceramah dan juga pengajar jemputan iaitu Puan Norhayati dari Unit Pengurusan Jenazah Hospital Sultanah Nora Ismail.