Skip to main content
20 FEBRUARI 2024 l KURSUS PEMANTAPAN CAREER COACH
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) dengan kerjasama Pusat Kemajuan Kerjaya & Alumni UTHM telah berjaya menganjurkan Kursus Pemantapan Career Coach bertempat di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program berlangsung selama 3 hari bermula 20 - 22 Februari 2024 dengan disertai seramai 22 orang peserta terdiri daripada timbalan dekan (HEPA) dan juga pensyarah yang terlibat berkaitan HEPA.
Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan potensi dan kepakaran career coach UTHM dalam membantu pelajar menempuh alam pekerjaan disamping menambah pengetahuan carrer coach UTHM dalam modul-modul yang berkaitan coaching kepada pelajar.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput Prof. Madya Dr. Salleh bin Amat dan Prof. Madya Dr. Mohd Izwan bin Mahmud dari Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai penceramah.