5 Jun 2024 | Forum Kepimpinan Kalis Masa Hadapan
Forum Kepimpinan Kalis Masa Hadapan telah dianjurkan melalui Program High Performance Leadership Coaching (HiPer) Kohot 2 Tahun 2024 bertempat di Big Stage, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM pada pagi tadi.
Forum telah menjemput beberapa orang panelis iaitu YB Dato' Haji Mustaffa Kamal bin Haji Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi & Biodiversiti Negeri Johor (J-Biotech); YBrs. Dr. Muhammad Yusof Sibert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta YBrs. Ir. Ts. Wan Syakirah binti Dato’ Wan Abdullah, Head Business Assessment and Engineering, TNB Renewables.
Pada masa yang sama, forum turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti; Yang Berhormat Prof. Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor; Timbalan-timbalan Naib Canselor, YBrs. Encik Naim bin Maslan, Pendaftar UTHM serta Prof. Madya Dr. Nor Hazana binti Abdullah, Pengarah Pusat Kepimpinan dan Kompetensi.