Skip to main content
4 Januari 2024 | Staf PKK Warnai Program Riang Retro BaKiPP
Program Riang Retro BaKiPP yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pejabat Pendaftar (BaKiPP) turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nor Hazana binti Abdullah, Pengarah PKK dan semua staf PKK yang berdandan indah mengikut tema program iaitu gaya ala retro.
Pada majlis yang sama, terdapat beberapa anugerah yang telah dimenangi oleh staf PKK. Anugerah Olahragawati bagi Kategori Sukan dan Rekreasi dan Anugerah Wirawati kedua-duanya telah dijuarai oleh Puan Nor’aini binti Asmuni dan Puan Norliah binti Ramli bagi Naib Johan. Anugerah Wirawan bagi Aktiviti Sosial dan Kebajikan pula telah dimenangi oleh Encik Muhammad Zahin bin Muhamad Sahadi di Tempat Ketiga.
Anugerah Terpaling Retro yang diberikan kepada staf yang diundi paling menetapi tema program turut dimenangi oleh staf PKK. Bagi Kategori Jejaka telah dimenangi oleh Tuan Hj. Shafry bin Salim manakala bagi Kategori Nona Manis pula telah dimenangi oleh Puan Norliah binti Ramli.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua staf PKK atas komitmen aktif dan sumbangan kepada semua aktiviti yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pejabat Pendaftar (BaKiPP) sepanjang tahun 2023. Semoga kekal sihat dan istiqomah dalam acara sukan dan rekreasi mahupun aktiviti sosial dan kebajikan pada masa akan datang.