Skip to main content
 
15 Oktober 2023 | Sesi Pertemuan bersama Tuan Kadi Daerah Kluang
 
Satu pertemuan bersama Tuan Kadi Daerah Kluang telah berlangsung hari ni bertujuan membincangkan kerjasama penganjuran kursus ICT untuk Ahli Jawatankuasa Masjid di daerah ini.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM diwakili Timbalan Pengarah, Hj Shafry Salim dan turut disertai En Musa Muhammad Noh dan En Abdul Hadi Mohamed Zainal.
Dalam pertemuan ini Tuan Kadi As Sheikh Haji Sabaruddin Bin Isnin telah memberi beberapa pandangan dan cadangan agar rancangan untuk memberi pendedahan ICT kepada Ahli Jawatankuasa Masjid dapat dijayakan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan masjid-masjid.