Skip to main content
25 Mac 2024 | Program VC Talk 1/2024

Program VC Talk Siri 1/2024 telah berlangsung di Dewan Jemaah, Aras 5 Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM kampus induk, melibatkan kehadiran staf pentadbiran gred 48 dan ke atas.
Program anjuran Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM ini diadakan sebagai salah satu platform bagi YB Prof. Dato' Naib Canselor berkongsi pengalaman, pandangan serta aspirasi beliau bersama staf universiti.
Dalam VC Talk kali ini, YB Prof. Dato' Naib Canselor mengetengahkan tema “Sedia untuk Berubah” sebagai komponen terpenting sebagai pegangan staf pentadbiran dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.