Skip to main content
9 JANUARI 2024 | PROGRAM SUAI KENAL MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2023/2024
Telah diadakan adalah Program Suaikenal Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 UTHM pada 09 Januari 2024 yang bertempat di Dewan Aktiviti, Kolej Kediaman Dalam Kampus, UTHM Kampus Induk.
Program anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, UTHM ini adalah bertujuan bagi memupuk nilai kebersamaan dan keserakanan MPP yang baharu dilantik. 3 orang staf PKK telah dilantik untuk mengendalikan program ini iaitu Encik Abdul Hadi bin Mohamed Zainal, Encik Mohd Razali bin Abdullah dan Puan Noraini binti Asmuni.
Majlis Penutup Program Suaikenal ini telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Haszrinaz binti Husain@Hashim, Pengarah PHEP, UTHM.