Skip to main content
 
18 Oktober 2023 | Program Rakan Ekspresi: Pro Skil Komunikasi @ Rakan Muda Peringkat Negeri Johor
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Program Rakan Ekspresi: Pro Skil Komunikasi @Rakan Muda Peringkat Negeri Johor pada 18 Oktober 2023 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1,Bangunan Pejabat Pendaftar.
Program ini merupakan satu inisiatif penyediaan ruang mengasah bakat anak muda bagi meningkatkan dan memantapkan kemahirankomunikasi khususnya pengucapan awam secara efektif dan berkesan.
Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Yuslizar bin Kamarudin yang dilaksanakan secara bersemuka melibatkan sesi ceramah dan penilaian.