Skip to main content
22-23 Januari 2024 | Powerpoint and Canva Beginners Course Siri 1.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Powerpoint and Canva Beginners Course Siri 1 pada 22-23 Januari 2024 bertempat di Makmal Komputer, Aras Bawah, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisme staf dalam mempraktikkan pembentangan multimedia yang lebih menarik dan berkualiti bersesuaian dengan kehendak masa kini.
Kursus yang disertai seramai 49 orang peserta daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab di UTHM ini telah dikendalikan oleh penceramah undangan iaitu Encik Lokman Hakim bin Jamil, Ketua Jabatan Media Digital, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.