Skip to main content
9 JANUARI 2024 | PERBINCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOMPONEN JELAJAH LASAK UNTUK ANUGERAH GANGSA PELAJAR-PELAJAR KKTM SRI GADING
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi UTHM yang merupakan badan Operasi ARPRM, telah mengadakan perbincangan pelaksanaan aktiviti komponen jelajah lasak untuk Anugerah Gangsa pelajar-pelajar KKTM Sri Gading pada 9 Januari 2024 bertempat di Bilik Perbincangan, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Perbincangan ini telah disertai oleh 2 orang wakil daripada Pusat Kepimpinan dan Kompetensi iaitu Tuan Haji Shafry bin Salim dan Encik Musa bin Muhammad Noh, seorang wakil staf UTHM iaitu PM Ts Dr Mustaffa bin Hj Ibrahim, serta 2 orang wakil daripada KKTM Sri Gading iaitu Mohd Zulkefly bin Hamzah dan Muhammad Fooad bin Abd Razak.