9 Jun 2024 | Pembentangan Projek Program UTHM High Performance Leadership Coaching (HiPer) Kohot 2 Tahun 2024:
Pembentangan Projek Program UTHM High Performance Leadership Coaching (HiPer) Kohot 2 Tahun 2024 telah dianjurkan bertempat di Dewan Jemaah, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA).
Turut menghadiri pembentangan adalah Dr. Amat Taap Manshor, Chief Executive Officer di AJM International Academy; Prof. Madya Dr. Norazharuddin Shah Abdullah, Timbalan Pengarah bagi Pusat Pengurusan Bakat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) serta Prof. Ts. Dr. Rosziati binti Ibrahim dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai panel penilai bagi pembentangan projek.
Pembentangan projek ini dilaksanakan oleh 29 orang peserta program HiPer 2.0 yang terdiri daripada gabungan 20 pegawai UTHM dan 9 pegawai dari Universiti Awam dan agensi luar.