Skip to main content
18-20 Januari 2024 | Mesyuarat Pembangunan Modul Latihan Kepimpinan dan Kompetensi UTHM
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Modul Latihan Kepimpinan dan Kompetensi UTHM. Mesyuarat telah diadakan di Crystal Crown Hotel Johor Bahru. Turut hadir sama, YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dan ketua/wakil PTJ sebagai pembangun modul. Mesyuarat ini bertujuan untuk membangunkan modul latihan kepimpinan dan kompetensi bagi pelaksanaan kursus berasaskan kompetensi kepada seluruh staf.