Majlis Penyampaian Sijil Kepimpinan dan Pengurusan Bakat (Assured Certificate in Leadership & People Management) di Majlis Pemakaian Hud Graduan Pascasiswazah ke-11 dan Majlis Konvokesyen Program Eksekutif, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersempena Istiadat Konvokesyen UTHM ke-23.
30 November 2023 ( Khamis ) | 8.30 pagi - 12.00 tengahari | Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Secara umumnya, pelaksanaan Program UTHM High Performance Leadership Coaching (HiPer) merupakan latihan kepimpinan aras tinggi yang disusun dalam Kerangka Pembangunan Bakat Kepimpinan UTHM. Program pensijilan Kepimpinan dan Pengurusan Bakat (Assured Certificate in Leadership & People Management) ini dikeluarkan oleh Institut Kepimpinan dan Pengurusan (The Institute of Leadership and Management, ILM), United Kingdom.
Tahniah diucapkan kepada 21 penerima daripada kalangan pegawai utama dan Ketua PTj UTHM. Program ini akan terus dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program pembangunan bakat kepimpinan UTHM tahun 2024.