Skip to main content
 
6 November 2023 | Kursus Protokol Majlis dan Etiket Sosial Untuk Petugas Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Kursus Protokol Majlis dan Etiket Sosial Untuk Petugas Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 6 November 2023 bertempat di Auditorium Al-Jazari, Aras 3, Perpustakaan Tunku Tun Aminah.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai tata cara protokol serta etiket sosial yang sesuai dengan majlis rasmi, khusus untuk Majlis Istiadat Konvokesyen UTHM yang akan berlangsung kelak.
Kursus ini disampaikan oleh Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Penolong Setiausaha Kanan Unit Istiadat dan Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Seramai 36 orang peserta telah menghadiri kursus ini dengan jayanya.