Skip to main content
 
22 NOVEMBER 2023 - Kursus Broadly-Defined Problem Solving
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan kursus Problem Broadly-Defined Problem Solving pada 22 November 2023 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Kursus ini adalah khusus bagi pensyarah yang mengajar kursus Program Teknologi Kejuruteraan, BTech. Tujuan kursus ini adalah lebih kepada sesi menyampaikan serta perkongsian maklumat terkini daripada jabatan yang berkaitan.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput Dr. Abul Khair bin Anuar, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan & Akreditasi Akademik, Pusat Pembangunan & Kecemerlangan Akademik sebagai penceramah untuk kursus ini.