Skip to main content
30 Januari 2024 I KURSUS PROBLEM BASED LEARNING (PBL) - TAHAP 3
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan kursus Problem Based Learning (PBL) Tahap 3 (Advance) pada 30 - 31 Januari 2024 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar. Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus PBL tahap 1 dan tahap 2. Kursus ini telah disertai seramai 12 orang pensyarah.
PBL tahap 3 merupakan kursus kategori (advance) dimana, meraka yang telah mengikuti kursus ini boleh dijadikan mentor dan juga rujukan dalam PBL bagi pensyarah lain.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput Ts. Dr. Hasyamuddin bin Othaman dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sebagai penceramah untuk kursus ini. Beliau merupakan ahli dalam task force PBL UTHM.