Skip to main content
 
14 November 2023 - Kursus Problem Based Learning (PBL) Tahap 2
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan kursus Problem Based Learning (PBL) Tahap 2 pada 14 - 15 November 2023 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar. Kursus ini merupakan lanjutan daripada kursus PBL tahap 1 yang lalu dimana 15 orang pensyarah telah terlibat.
Tujuan kursus ini adalah untuk menerangkan fungsi serta bagaimana PBL dapat dijalankan serta diamalkan. Selain itu, kursus ini melatih pensyarah UTHM agar mahir dalam PBL sekaligus menjadi tempat rujukan kepada penysarah-pensyarah lain. Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput Ts. Dr. Hasyamuddin bin Othamn dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sebagai penceramah untuk kursus ini. Beliau merupakan ahli dalam task force PBL UTHM.