Skip to main content

13-16 Mac 2023 | Kursus Pra Persaraan

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kursus Pra Persaraan pada 13 hingga 16 Mac 2023 bertempat di Myangkasa Akademi & Resort Langkawi Kedah.
Kursus ini disertai oleh staf universiti yang akan bersara, bertujuan memberi panduan dan pendedahan kepada mereka berkenaan perkara-perkara yang penting dalam menghadapi dunia persaraan. Antara topik yang diketengahkan adalah faedah dan kemudahan selepas persaraan, pengurusan wasiat dan harta pusaka serta slot penjagaan kesihatan melalui pemakanan.
Beberapa wakil dari pelbagai agensi telah dijemput untuk menyampaikan ceramah di sepanjang kursus ini, antaranya dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi. Turut menyampaikan ceramah adalah mantan Naib Canselor UTHM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Ts. Dr Wahid Razzaly yang berkongsi pandangan berkaitan hala tuju selepas persaraan.
Para peserta juga telah mengikuti beberapa sesi terapi minda di sepanjang kursus ini. Melalui sesi ini, para peserta telah dibawa ke beberapa tempat menarik di Pulau Langkawi. Di malam terakhir kursus, peserta dan pasangan juga diraikan dalam satu majlis makan malam berkonsepkan “Candle Light Dinner” dengan diselitkan ceramah agama bertajuk Jalan ke Syurga yang disampaikan oleh Pegawai Pejabat Wakaf Daerah Langkawi.