Skip to main content
7 Mei 2024 (Selasa) | KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN UNIVERSITI

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Perolehan Universiti bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Pejabat Pendaftar UTHM.
Kursus ini dapat membantu peserta untuk meningkatkan prestasi kerja, dapat menguruskan proses perolehan dengan lebih efisien di unit masing-masing di samping memberi pendedahan kepada sistem-sistem universiti yang digunapakai.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput Encik Lukman bin Muntaha (Pegawai Kewangan Kanan) dari Pejabat Bendahari. Kursus ini telah berlangsung selama 1 hari dan disertai oleh seramai 40 orang peserta yang umumnya dari Unit Kewangan pelbagai Pusat Tanggungjawab di UTHM.