Skip to main content
 
9 - 11 OKTOBER 2023 (ISNIN - RABU) | KURSUS PENGURUSAN BAHAN KIMIA SIRI 2
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Bahan Kimia Siri 2 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Pejabat Pendaftar UTHM.
Kursus ini diadakan bertujuan memberi panduan dalam pengurusan bahan kimia bermula daripada proses perolehan, pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, pelupusan dan perawatan.
Kursus yang telah dilangsungkan selama 3 hari ini telah dikendalikan oleh seramai 4 orang penceramah daripada Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTHM iaitu Profesor Madya Dr Muhamad Zaini bin Yunos, Puan Masayu binti Maslan, Profesor Madya Ts. Dr. Ainun Rahmahwati binti Ainuddin @ Nordin, Dr Azra Munirah binti Mat Daud dan Profesor Madya Dr Nor Haslina binti Hashim dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
Seramai 29 orang staf dari pelbagai pusat tanggungjawab di UTHM telah menyertai kursus ini dan menjawab soalan penilaian dengan jayanya.