Skip to main content
24 September 2023 | Kursus Pengendalian Alat Siar Raya
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) menganjurkan Kursus Pengendalian Alat Siar Raya bertempat di Makmal Pengajaran Mikro, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM.
Kursus ini merupakan salah satu dari siri kursus yang tedapat di dalam program Kursus ICT untuk Jawatankuasa Masjid Negeri Johor yang bertujuan memperkasa kemahiran ICT dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid di Negeri Johor.
Kursus hari ini dihadiri oleh 34 orang ahli jawatankuasa masjid dari beberapa daerah dalam negeri Johor. Kursus dikendalikan oleh Encik Usuloudin Hamzah, Penolong Pengajar dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM serta dibantu oleh seorang fasilitator.
Antara pengisian kursus adalah pengenalan dan fungsi alat siar raya, penjagaan dan pemasangan peralatan serta penyelesaian masalah teknikal peralatan.