Skip to main content
28 Disember 2023 | Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Badan Operasi Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, UTHM telah menganjurkan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Kursus ini memberi penerangan berkaitan kaedah, peranan dan tanggungjawab badan operasi, pemimpin dan mentor. Selain itu, penerangan kaedah perekodan dan penilaian yang betul serta penyeliaan secara “hands on” dalam melaksanakan komponen ARPRM berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan. Para peserta kursus ini terdiri daripada 15 orang staf daripada Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, 12 orang staf UTHM, 2 orang staf KKTM Seri Gading, 1 orang staf Politeknik Merlimau Melaka serta 1 orang guru daripada SMK Munshi Sulaiman dan Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris.
Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Armizam bin Abd Rahim yang dilaksanakan secara bersemuka melibatkan sesi ceramah dan penilaian.