Skip to main content
29-30 Mac 2024 | Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)

Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan, (LPM) pada 29-30 Mac 2024 secara atas talian aplikasi Zoom.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan serta seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan. Para peserta kursus ini terdiri daripada 99 orang pelajar daripada Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang telah dilaksanakan sebanyak 5 sesi.
Kursus ini telah disampaikan oleh PM Ts. Dr. Faridah binti Kormin dilaksanakan secara atas talian melibatkan sesi ceramah dan penilaian.