Skip to main content
 
16 Oktober 2023 | Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan, (LPM) pada 16 Oktober 2023 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan serta seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan. Para peserta kursus ini terdiri daripada 30 pengendali makanan pelbagai kategori premis.
Kursus ini telah disampaikan oleh PM Ts. Dr. Faridah binti Kormin dilaksanakan secara bersemuka melibatkan sesi ceramah dan penilaian.