Skip to main content
 
25 Oktober 2023 (Rabu) | Kursus Continual Quality Improvement (CQI)
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan kursus Continual Quality Improvement (CQI) pada 25 Oktober 2023 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar. Kursus ini telah dihadiri seramai 44 orang staf akademik.
Tujuan kursus ini adalah lebih kepada sesi perkongsian ilmu serta maklumat berkaitan kepentingan serta kepelbagaian aktiviti CQI. Selain itu, kursus ini menerangan kepada staf akademik bagaimana menyediakan pelaporan untuk aktiviti CQI.
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah menjemput YBhg. Prof. Dr. Erween bin Abd Rahim dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan sebagai penceramah untuk kursus ini.