Skip to main content
15-17 Januari 2024 | Kursus Asas Perkhidmatan Staf
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah mengadakan Kursus Asas Perkhidmatan Staf. Kursus telah diadakan di Bilik Latihan Seri Teratai Aras 1 Pejabat Pendaftar. Penceramah adalah dikalangan pegawai akademik dan pentadbir universiti. Seramai 45 orang peserta dari pelbagai Pusat Tanggungjawab telah menghadiri kursus ini di mana keseluruhannya terdiri daripada staf baharu akademik/pentadbir. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf baru mengenai asas perkhidmatan dan peraturan-peraturan universiti. Juga untuk memberi kefahaman mengenai kaedah pengurusan serta keperluan-keperluan asas dan khusus bagi satu-satu perkhidmatan.