Skip to main content
27 Februari 2024 | KURSUS ASAS LALULINTAS (ISYARAT TANGAN, TIUPAN WISEL, PENYEDIAAN LAPORAN & KOMUNIKASI RADIO)
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM dengan kerjasama Bahagian Keselamatan UTHM telah menganjurkan Kursus Asas Lalulintas (Isyarat Tangan, Tiupan Wisel, Penyediaan Laporan & Komunikasi Radio) pada 27 Februari 2024 bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar UTHM. Kursus ini disampaikan oleh penceramah undangan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada staf bahagian keselamatan dan staf dari pelbagai jabatan telah menghadiri kursus ini.