Skip to main content
 
11 Oktober 2023 (Rabu) | KURSUS AMALAN HIJAU DI TEMPAT KERJA
 
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) telah menganjurkan Kursus Amalan Hijau Di Pejabat bertempat di Bilik Seminar Seri Siantan, Aras 3, Bangunan Pejabat Pendaftar UTHM.
Kursus ini menerangkan pada peserta cara mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti dan amalan ditempat kerja, menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga universiti dalam usaha melestarikan alam dan meningkatkan profesionalisme menerajui amalan hijau di peringkat universiti
Kursus ini dilangsungkan dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 4.30 petang dan telah disertai oleh seramai 34 orang staf dari pelbagai pusat tanggungjawab di UTHM.