Skip to main content
20 Februari 2024 | Bengkel Penulisan Buku (Tesis ke Buku)
Pusat Kepimpinan dan Kompetensi telah mengadakan Bengkel Penulisan Buku (Tesis ke Buku). Bengkel telah diadakan di Bilik Latihan Seri Teratai Aras 1 Pejabat Pendaftar. Penceramah jemputan bagi bengkel ini ialah Prof. Dr. Rosli bin Hussin dari Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 35 orang peserta dari pelbagai pusat tanggungjawab telah menghadiri bengkel ini di mana bertujuan untuk memberi pendedahan proses penerbitan buku daripada tesis
,memberi penerangan dan teknik untuk menghasilkan buku hasil daripada tesis juga membantu meningkatkan bilangan penerbitan buku ilmiah hasil dari penulisan tesis.