Skip to main content
05 Mei 2024 (Ahad) | BENGKEL PENGURUSAN SYARIKAT TERBITAN UNIVERSITI (STU): ISU dan CABARAN

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Kepimpinan dan Kompetensi dengan kerjasama Pejabat Penasihat Undang-undang. Bengkel ini berlangsung di Bilik Latihan Seri Teratai Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar.
Seminar ini telah disertai oleh 31 orang staf dari pelbagai Pusat Tanggungjawab. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan urus tadbir syarikat dan bagaimana menguruskan kewangan syarikat dengan lebih efektif di samping memantapkan pengurusan STU selaras dengan hala tuju universiti kearah Global Technoprenuer University 2030 (GTU2030)